Wednesday, 5 December 2012

STANDARD GURU MALAYSIA ( SGM )

STANDARD GURU MALAYSIA ( SGM )
Pengertian Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru,dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

Latar Belakang Penggubalan Standard Guru Malaysia
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama dimana bina upaya adalah pendekatan utama kearah mencapai status negara maju pada tahun 2020.Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya,diinjak kan nilai inteleknya serta diperbanyak kan modal budaya nya.Pembangunan insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahun dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif,berkemahiran menyelesaikan masalah,berkeupayaan mencipta peluang baru,mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi,tiga aspek utama ditekan kan iaitu;

-amalan nilai profesionalisme keguruan
-pengetahuan dan kefahaman
-kemahiran pengajaran dan pembelajaran

Rasional penggubalan SGM
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional  yang berikut;
 1. Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,pengetahuan dan kefahaman,serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru yang profesional dan berkesan
 2.Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar,kurikulum infrastruktur,tenaga pengajar,sumber pengajaran dan pembelajaran,serta jaminan kualiti untuk membolehkan  proses latihan dijalankan dengan lancar,berkesan dan bermutu tinggi
 3.KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase.justeru itu adalah wajar standard guru diwjudkan.
 4.Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysia Qualifications Framework yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi

Tujuan SGM
Standard guru malaysia digubal adalah bertujuan untuk:
 1.Mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan,pengetahuan dan kefahaman,serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
 2.Mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai
 3.Standard Guru Malaysia akan dapat mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan

Prinsip Penggubalan SGM
Terdapat beberapa prinsip penggubalan SGM iaitu;
 1.Pernyataan standard dan keperluan jelas,tepat,releven,praktikal,adil dan realistik
 2.Standard dan keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penanda arasan
 3.Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif,telus,terbuka dan persetujuan bersama dengan
    pihak-pihak berkepentingan

Penggunaan SGM
Standard Guru Malaysia adalah diguna pakai oleh yang berikut:
 1.Guru
 2.Pendidik Guru diInstitusi Latihan Perguruan
 3.Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
 4.Guru Besar dan Pengetua sekolah
 5.Agensi Latihan perguruan

No comments:

Post a Comment