Wednesday 5 December 2012

STANDARD GURU MALAYSIA ( SGM )

STANDARD GURU MALAYSIA ( SGM )
Pengertian Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru,dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

Latar Belakang Penggubalan Standard Guru Malaysia
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama dimana bina upaya adalah pendekatan utama kearah mencapai status negara maju pada tahun 2020.Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya,diinjak kan nilai inteleknya serta diperbanyak kan modal budaya nya.Pembangunan insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahun dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif,berkemahiran menyelesaikan masalah,berkeupayaan mencipta peluang baru,mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi,tiga aspek utama ditekan kan iaitu;

-amalan nilai profesionalisme keguruan
-pengetahuan dan kefahaman
-kemahiran pengajaran dan pembelajaran

Rasional penggubalan SGM
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional  yang berikut;
 1. Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,pengetahuan dan kefahaman,serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru yang profesional dan berkesan
 2.Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar,kurikulum infrastruktur,tenaga pengajar,sumber pengajaran dan pembelajaran,serta jaminan kualiti untuk membolehkan  proses latihan dijalankan dengan lancar,berkesan dan bermutu tinggi
 3.KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase.justeru itu adalah wajar standard guru diwjudkan.
 4.Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysia Qualifications Framework yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi

Tujuan SGM
Standard guru malaysia digubal adalah bertujuan untuk:
 1.Mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan,pengetahuan dan kefahaman,serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
 2.Mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai
 3.Standard Guru Malaysia akan dapat mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan

Prinsip Penggubalan SGM
Terdapat beberapa prinsip penggubalan SGM iaitu;
 1.Pernyataan standard dan keperluan jelas,tepat,releven,praktikal,adil dan realistik
 2.Standard dan keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penanda arasan
 3.Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif,telus,terbuka dan persetujuan bersama dengan
    pihak-pihak berkepentingan

Penggunaan SGM
Standard Guru Malaysia adalah diguna pakai oleh yang berikut:
 1.Guru
 2.Pendidik Guru diInstitusi Latihan Perguruan
 3.Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
 4.Guru Besar dan Pengetua sekolah
 5.Agensi Latihan perguruan

Monday 3 December 2012

Kajian Tindakan

Apa itu kajian tindakan?
Kajian tindakan ialah satu kajian yang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaia terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.Kajian tindakan yang dibuat ini diharapkan dapat mengatasi masalah yang timbul dan dapat diselesaikan .Antara langkah-langkah yang perlu semasa menjalankan kajian tindakan. ialah:-
i. Membuat refleksi daripada p&p yang lalu
ii..Kenal pasti masalah
iii.membuat pemerhatian dan tinjauan
iv.Perbincangan dengan pihak pentadbir
v.mengedarkan proposal kajian
vi.mengumpul data untuk dianalisisan
vii.menyiapkn hasil kajian
viii.menyerahkan laporan kajian kepada pentadbir
viiii cadangan penyelesaian

Monday 12 November 2012

Huraian kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Terdapat sepuluh kandungan falsafah pendidkan kebangsaan,antaranya ialah:

a.Pendidikan ialah satu usaha berterusan.
Pendidikan ialah satu proses dalam diri seseorang yang bermula sejak dari kandungan ibu lagi sehingga lah ke akhir hayat nya.Pendidikan yang diterima oleh seseorang berlaku dimana-mana dan bukan nya hanya berlaku disekolah.Pendidikan ini berlaku secara berterusan secara formal atau pun tidak formal.

b.Memperkembangkan lagi potensi individu
Kandungan falsafah pendidikan kebangsaan yang kedua ialah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh.Maksud potensi individu ialah kebolehan atau pun bakat seseorang individu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

c.Insan yang seimbang dan harmonis
Maksud insan yang seimbang dan harmonis ialah tiada sebarang perkara yang terabai dan keseimbangan bagi seseorang individu adalah penting bagi memestikan kemajuan diri nya.

d.Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Semua potensi diri dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek disepadukan bagi menguasai kemahiran-kemahiran dan juga bidang ilmu.Selain daripada itu nilai-nilai murni juga perlu disepadukan demi memenuhi keperluan nya dalam menjalani kehidupan.

e.Kepercayaan dan kepatuan kepada Tuhan
Untuk mengawal diri agar tidak melakukan kejahatan,maka kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlu disemaikan dalam diri setiap individu.Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ini juga terkandung dalam prinsip Rukun Negara.Setiap individu yang mempunyai kepercayaan agama akan percaya bahawa setiap yang dilakukan didunia ini mesti mendapat balasan di akhirat.

f.Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua rakyat malaysia berilmu pengetahuan.Justeru itu,setiap rakyat perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya.

g. Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
Kerajaan juga mengharapkan rakyat nya berakhlak mulia,berdisplin dan hidup hormat menghormati antara satu dengan yang lain.Rakyat juga diminta untuk bersopan santun berbudi bahasa.

h. Rakyat yang bertanggungjawab
Menerusi pendidikan juga rakyat dapat dididik untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan negara.

i. Rakyat yang berketerampilan
Keterampilan bermaksud menonjol kan diri.Kerajaan mengharapkan rakyat nya dapat melaksanakan tugas-tugas nya dengan cekap.

j.Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri
Manusia memang mahukan kesejehteraan diri bagi mencapai kepuasan diri nya.
Kesejahteraan diri adalah penting dalam mengharungi kehidupan yang aman dan damai.